Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar

October 28, 2025 · Politik

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mengucapkan tahniah kepada Shahidan Kassim atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Perlis yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur malam tadi, yang menggugurkan Mohd Shukri daripada jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Mohd Shukri menyampaikan sokungan penuhnya.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Shahidan Kassim atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis yang baharu.

“Semoga dengan pelantikan ini, YB Dato’ Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar kepimpinan baharu itu akan memastikan PN terus mentadbir negeri Perlis dan mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Semoga pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak,” tambah Mohd Shukri.

Penggantian ini merupakan sebahagian daripada beberapa perubahan dalam kepimpinan PN peringkat negeri.

Selain Mohd Shukri, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, Saifuddin Abdullah, juga digugurkan dan digantikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perubahan ini dilihat sebagai langkah untuk mengukuhkan struktur PN di peringkat akar umbi.

Walaupun digugurkan daripada beberapa jawatan parti, termasuk sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis sebelum ini, Mohd Shukri kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

Berita berkaitan
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
8 jam lalu· Politik
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
14 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan PAS bagi pastikan Kerajaan Perpaduan kekal hingga tamat penggal: Zahid
June 5, 2026· Politik
MB Perlis lega spekulasi undi tidak percaya berakhir
June 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
June 6, 2026 · Politik
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
June 6, 2026 · Politik
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
8 jam lalu · Politik
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
10 jam lalu · Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok