Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak

October 27, 2025 · Politik

Rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama tiga pengundi kawasannya untuk mencabar pemberhentian peruntukan pembangunan kawasan Parlimen Muar ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hashim Hamzah membuat keputusan sebulat suara bahawa permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 23 April 2024 itu jelas di luar tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang terdahulu untuk menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut telah dikekalkan.

“Kami berpendapat bahawa pihak perayu mengetahui keputusan telah dibuat berkaitan peruntukan tersebut pada tarikh MUDA keluar daripada Kerajaan Perpaduan, iaitu pada 10 September 2023,” kata Hakim Hashim dalam keputusannya.

“Oleh itu, permohonan yang difailkan pada 23 April 2024 adalah jelas di luar batasan. Kami mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak terkilaf dari segi fakta dan undang-undang,” tambahnya lagi.

Isu ini tercetus selepas MUDA, parti yang diasaskan oleh Syed Saddiq, menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Menurut afidavit, akses kepada sistem myKHAS untuk menguruskan peruntukan pembangunan RM2 juta bagi kawasan Parlimen Muar telah dibatalkan, bersama-sama baki peruntukan dan projek yang telah diluluskan.

“Kami bersetuju dengan hujahan responden bahawa tarikh keputusan ialah pada 10 September 2023. Permohonan yang difailkan adalah lewat,” jelas Hakim Hashim yang bersidang bersama Azmi Ariffin dan Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Memandangkan kes ini melibatkan kepentingan awam, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Syed Saddiq dan tiga pengundi itu pada asalnya memohon untuk membatalkan keputusan memberhentikan baki peruntukan RM500,000, menuntut akses sistem myKHAS dikembalikan, dan mencabar tindakan kerajaan yang enggan meluluskan sebarang peruntukan ‘Projek Mesra Rakyat’ untuk tahun 2024.

Mereka mendakwa tindakan tersebut melanggar hak kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
21 jam lalu· Isu semasa
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
15 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
15 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
16 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok