Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Isu kontroversi berkenaan penghidangan minuman keras di dewan sekolah vernakular Cina akhirnya mencapai kata putus apabila Kabinet pada Rabu memutuskan untuk mengekalkan garis panduan serta amalan sedia ada berkenaan perkara itu.
Keputusan ini secara tidak langsung membenarkan arak terus dihidangkan apabila dewan sekolah tersebut disewakan kepada orang awam untuk sesuatu acara, dengan syarat ia tidak melibatkan penyertaan pelajar sekolah.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan mengekalkan status quo berhubung isu tersebut.
“Pertama, dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini dibincangkan mengenai isu sekolah dan penganjuran acara yang anda menyediakan, menyajikan minuman beralkohol,” kata Fahmi semasa sidang media hari ini.
“Jemaah Menteri telah diingatkan dan telah memutuskan bahawa garis panduan serta amalan sedia ada adalah terpakai, tidak ada perubahan kepada garis panduan sedia ada,” ujarnya lagi.
Menurut Fahmi, Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan terperinci tidak lama lagi bagi menjelaskan pelaksanaan garis panduaan ini dengan lebih lanjut.
Dengan keputusan ini, amalan yang telah berjalan sekian lama di kebanyakan dewan sekolah vernakular Cina apabila dewan itu disewakan untuk majlis-majlis komuniti tertentu akan dapat diteruskan seperti biasa, sekaligus menutup tiada lagi ruang untuk polemik isu tersebut.
Isu ini tercetus dan hangat diperdebatkan oleh orang ramai baru-baru ini berikutan kebimbangan sesetengah pihak tentang kesesuaian amalan tersebut yang dilihat boleh menjejaskan imej serta nilai institusi pendidikan.
Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX
Usahawan hartanah mengaku tidak bersalah dalam kes gaduh yang tular
Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan AS boleh jejas kedaulatan ekonomi: Azmin
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa