Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX

October 28, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan bermakna dengan rakan kongsi dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan perlu melangkaui sekadar perjanjian yang dimeterai di atas kertas.

Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia akan sentiasa memantau pelaksanaan perjanjian tersebut bagi memastikan rakyat benar-benar meraih manfaat daripadanya.

“Pendirian kita akan kekal berasaskan kepada prinsip keamanan, kemakmuran dan integriti, di samping bekerjasama dengan sahabat dan negara jiran.

“Bersama-sama, kita akan merangka hala tuju yang memartabatkan tradisi kita, menjamin masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia serta warga ASEAN,” jelas Anwar menerusi satu catatan di media sosialnya.

Mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Anwar menyifatkannya sebagai detik penting dalam mengukuhkan hubungan lama antara Putrajaya dengan Washington.

“Pertemuan kami berlandaskan rasa hormat terhadap kepentingan bersama, memperbaharui dialog perdagangan, memperkukuh kerjasama rantaian bekalan dan mineral penting serta menegaskan semula peranan utama ASEAN,” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Anwar menegaskan lawatan itu membuktikan Malaysia mampu berperanan sebagai rakan yang neutral, boleh dipercayai dan efektif.

“Menghubungkan ekonomi, memudah cara dialog dan menyumbang kepada kestabilan. Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan contoh jelas bahawa peranan diplomatik strategik kita memberi nilai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada Trump atas komitmennya memajukan Pelan Damai Gaza.

“Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat. Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan,” tegasnya.

Beliau menambah Malaysia akan terus memperkukuh solidariti ASEAN dan mengangkat martabat negara sebagai jambatan ke arah sebuah dunia yang aman, makmur dan bermaruah.

Berita berkaitan
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
1 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
September 23, 2026· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
September 23, 2026· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
4 jam lalu · Isu semasa
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok