Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau

October 28, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan dari China, Li Qiang, mengadakan mesyuarat dua hala yang membuahkan perbincangan meluas mengenai pengukuhan kerjasama perdagangan, pelaburan serta komitmen terhadap kestabilan serantau.

Pertemuan selama 15 minit itu menyaksikan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memacu hubungan dua hala ke tahap lebih strategik.

“Saya menghargai penyertaan anda, ia amat bermakna kepada Malaysia dan ASEAN. Saya fikir kita akan memberi tumpuan kepada isu dua hala hari ini,” kata Anwar dalam ucapannya semasa pertemuan.

Dari aspek ekonomi, kerjasama akan dipertingkatkan dalam sektor berimpak tinggi seperti automotif dan teknologi.

Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim serta kerjasama dalam industri semikonduktor dan unsur nadir bumi (REE) diberi tumpuan utama.

Anwar turut menjemput syarikat teknologi gergasi China untuk meluaskan operasi dan pelaburan mereka di Malaysia.

Dalam aspek infrastruktur, perbincangan merangkumi peluasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, selain projek saluran paip air Perak-Pulau Pinang.

Usaha meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan, terutamanya menarik lebih banyak penerbangan kargo dari China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut dibincangkan.

Mengenai isu serantau, Qiang menyatakan sokongan China terhadap usaha damai Malaysia, terutamanya berhubung situasi di sempadan Kemboja-Thailand dan krisis berterusan di Myanmar.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengalu-alukan penyertaan China dalam memacu inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi mempromosikan kerjasama tenaga mampan.

Pertemuan itu diakhiri dengan kehadiran kedua-dua pemimpin dalam majlis menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang dinaik taraf.

Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-28 itu merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama tiga hari, menghimpunkan lebih 3,000 perwakilan dari 30 buah negara dan organisasi antarabangsa.

Berita berkaitan
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
September 4, 2026· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok