Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk

October 25, 2025 · Politik

Isu arak di dewan sekolah kembali hangat apabila Pemuda UMNO secara terbuka mempersoalkan keputusan Kabinet untuk mengekalkan garis panduan sedia ada yang membenarkan amalan tersebut di sekolah persendirian Cina.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berkata menyokong pendirian tegas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam isu arak di sekolah sebelum ini dan sepatutnya menjadi garis panduan untuk semua sekolah.

“Kami kekal dengan pendirian asal PMX (Anwar) bahawa tempat pendidikan tidak seharusnya dibenarkan menjadi tempat minum arak, dan tidak terkecuali mana-mana tempat pendidikan,” tegas Akmal melalui satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan mengapa pendirian perdana menteri tidak diguna pakai sepenuhnya.

“Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa minuman keras itu boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat?

“Jika ada, maka boleh nyatakan juga, mungkin rakyat selama ini tidak sedar akan kebaikan minuman keras,” katanya secara sinis.

Isu ini mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan Anwar yang menyatakan beliau lebih suka arak tidak dihidang di kawasan sekolah, walaupun mengakui terdapat kekangan terhadap institusi pendidikan swasta.

Keputusan Kabinet untuk mengekalkan status quo telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Sebelum ini, nama Jho Low, seorang penjenayah kewangan antarabangsa yang masih dalam buruan, sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah dan pembelajaan wang haram untuk parti-parti tertentu.

Akmal mengingatkan kerajaan agar tidak membuat “keputusan yang salah” semata-mata untuk mendapatkan undi.

“Isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Rakyat mengharapkan kerajaan mengambil langkah yang tuntas bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya minum keras,” tambah Akmal.

“Jangan lahirkan generasi seperti menteri yang kaki mabuk tu!” tegasnya lagi.

Anwar pada Khamis lalu berkata beliau lebih suka alkohol tidak dihidangkan di kawasan sekolah namun mengakui kerajaan mempunyai kekangan ke atas institusi pendidikan yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Kenyataan Anwar itu dibuat sebagai menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, berhubung majlis keraian alumni sebuah sekolah persendirian di Ipoh baru-baru ini.

Kenyataan perdana menteri itu mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuk Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, dan Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng, yang menegaskan aspek pengurusan dan dana sekolah boleh terjejas jika larangan menghidangkan minuman keras di premis persendirian dikenakan.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat kecoh, Wan Saiful ‘koyak’ jadi bahan sindiran MP DAP
24 jam lalu· Politik
Isu arak di sekolah Cina, Kabinet putuskan ikut garis panduan sedia ada: Fahmi
October 24, 2025· Isu semasa
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
October 24, 2025· Politik
Guan Eng tak puas hati larangan arak di dewan sekolah Cina, anggap langgar tradisi
October 24, 2025· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
1 jam lalu · Politik
Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar
1 jam lalu · Politik
Armada bidas Saifuddin Abdullah selepas gesa Presiden Bersatu berundur
20 jam lalu · Politik
Farhash saman Rafizi RM10 juta gara-gara dua video didakwa berunsur fitnah
22 jam lalu · Politik
Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok