Kes polis.
Perhimpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia berlangsung dengan aman di Dataran Merdeka pagi tadi, menurut pihak polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, memaklumkan perhimpunan yang bermula sekitar 9.30 pagi itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Kira-kira 100 orang hadir dalam protes yang berlangsung di bawah kawalan rapi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“PDRM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya mengawal peserta serta mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Pihak polis komited memaklumkan keselamatan awam sentiasa terpelihara dan perhimpunan dapat berlangsung dalam suasana aman,” ujarnya lagi.
Perhimpunan tersebut diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), yang turut disertai pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama.
Sementara itu, ketibaan Trump ke Malaysia turut berjalan lancar.
“Trump tiba di Malaysia pukul 10.05 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” jelas Fadil.
Beliau menegaskan PDRM akan terus memantau situasi keselamatan sepanjang tempoh sidang kemuncak tersebut bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Kejayaan mengawal selia perhimpunan ini menunjukkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam menyeimbangkan hak menyampaikan pendapat dengan penjagaan keselamatan awam.
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar