Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan cukai keuntungan modal ke atas golongan jutawan dan ‘maha jutawan’ di Malaysia.
Beliau menegaskan langkah ini penting bagi mengelakkan kekayaan negara terus terkumpul dalam tangan segelintir individu sahaja.
Gesaan ini disampaikan semasa perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dengan menyifatkan langkah itu adalah wajar dan perlu dilaksanakan memandangkan bilangan jutawan di Malaysia dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Beliau juga memetik kenyataan Perdana Menteri mengenai ketidakmoralan mengenakan cukai ke atas rakyat miskin.
“Dalam nafas yang sama, saya berhujah, maka adalah sepatutnya sampai pada waktunya kerajaan mengenakan cukai kekayaan kepada orang-orang kaya ini, iaitu multimillionaire, maha jutawan, billionaire,” tegas Hassan.
“Supaya jangan ada kekayaan ini berlegar di sekeliling beberapa kerat saja,” tambahnya lagi.
Hassan mencadangkan agar ambang permulaan cukai ini ditetapkan kepada individu yang memiliki aset sekurang-kurangnya AS$1 juta, atau bersamaan RM4.2 juta.
Beliau merujuk kepada data yang menunjukkan terdapat 85,126 jutawan di Malaysia pada tahun 2022, dan angka ini dijangka mencecah 164,839 orang menjelang tahun 2027.
“Jadi sudah sampailah masanya golongan kaya ini kita kenakan cukai iaitu cukai kekayaan atau capital tax,” katanya lagi.
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan cukai keuntungan modal yang terhad pada 2024, hanya ke atas penjualan saham tidak tersenarai.
Manakala cadangan cukai barangan mewah telah ditukar kepada pelarasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri