Malaysia bebas pilih rakan niaga, PMX nafi takut dengan Amerika

October 28, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegaskan Malaysia tidak pernah gentar dengan mana-mana kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat, sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa sebaliknya.

Perdana Menteri memberikan contoh jelas dengan pemeteraian Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 yang baru sahaja ditandatangani sebagai bukti nyata menolak dakwaan Malaysia tunduk kepada Amerika Syarikat.

“Jika kita takut dengan AS, mana mungkin kita ‘sign’ dengan China,” tegas Anwar semasa sidang media pada penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 menjelaskan, pendirian Malaysia adalah sederhana dan berpusat, membolehkan negara berkawan dan berhubung dengan semua negara tanpa mengira blok.

“Ada yang kata kita memihak kepada China, tetapi kita juga baik dengan AS. Mengapa terlalu iya menyambut AS?

“Kita juga baik dengan Brazil dan Afrika Selatan. Hubungan baik dengan EU juga dijaga atas kepentingan perdagangan dan pelaburan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, setiap keputusan hubungan luar diambil dengan mempertimbangkan imej negara, ekonomi, pelaburan dan yang paling utama, manfaat kepada rakyat.

“Keputusan dibuat menjaga imej negara, ekonomi, pelaburan dan lebih penting menjamin manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Anwar menekankan dasar luar Malaysia berasaskan prinsip saling menghormati dan maruah, bukan kekayaan sesebuah negara.

“Kita berkawan bukan sebab negara itu kaya atau miskin, tapi kerana menghormati maruah dan kedaulatan mereka,” tambahnya lagi.

Beliau turut berkongsi pengalamannya berunding dengan pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi membela isu kemanusiaan.

“Bila saya jumpa Presiden Donald Trump, saya nyatakan dengan jelas — hentikan serangan, hormati hak rakyat Palestin. Kita sampaikan terus, bukan sekadar jerit dari jauh,” katanya.

Anwar menyifatkan pendekatan diplomasi Malaysia ini sebagai satu kebijaksanaan yang kini dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

Walaupun ada yang mendengki, beliau bangga kerana nama Malaysia kini harum di mata dunia.

“Apa pun saya bangga kerana Malaysia kini harum namanya di mata dunia,” tegasnya penuh keyakinan.

Berita berkaitan
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
7 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
5 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
7 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
14 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok