Kepentingan negara masih dilindungi dalam Perjanjian ART dengan AS: Zafrul

October 29, 2025 · Isu semasa

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini tidak sekali-kali menggadai kedaulatan negara atau melanggar isu-isu garis merah negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz, menegaskan kerajaan tetap kukuh dengan pendirian mempertahankan kepentingan nasional dan tidak berganjak dalam isu-isu sensitif seperti hak Bumiputera, dasar perolehan kerajaan, serta liberalisasi ekuiti penuh dalam sektor strategik termasuk tenaga dan telekomunikasi.

“Kalau ada yang mendakwa kononnya kita ‘jual negara’, saya cabar mereka tunjuk satu klausa yang melanggar garis-garis merah ini. Satu pun tiada,” tegas Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, perjanjian itu sebaliknya mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya berlandaskan kepentingan ekonomi domestik.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada Artikel 5.1.1 yang tidak mewajibkan Malaysia mengikut sekatan AS terhadap negara lain secara membuta tuli.

“AS juga bersetuju supaya sebarang langkah menangani isu perdagangan harus melalui rundingan bagi mencapai kesefahaman bersama,” jelasnya.

Zafrul berkata, kejayaan utama rundingan selama enam bulan ini ialah penurunan kadar tarif eksport Malaysia ke AS daripada 25 peratus kepada hanya 19 peratus.

Beliau memberi amaran, tanpa perjanjian ini, Malaysia berisiko menghadapi kenaikan tarif yang jauh lebih tinggi.

“Ini bukan simbolik. Ini meletakkan Malaysia dalam kelompok kecil rakan kongsi utama Washington, dan ia memberi kita ‘line of sight’ terus kepada pelaburan teknologi tinggi dan pemindahan teknologi,” ujarnya.

Mengenai isu halal, Zafrul dengan tegas menyatakan ia masih sepenuhnya dibawah kawalan Jabatan Kemajian Islam Malaysia (JAKIM).

“Standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM, dan dipelihara oleh umat Islam di negara ini,” ujarnya lagi.

Beliau mengakui rundingan ini bukanlah pilihan Malaysia, tetapi satu langkah perlu untuk menangani tindakan tarif unilateral AS.

“Perjanjian ini bukan cek kosong kepada AS, ianya pagar. Pagar yang kita bina supaya apa-apa tindakan selepas ini mesti melalui rundingan bukan ugutan unilateral,” katanya.

Berita berkaitan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
August 22, 2026· Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
August 16, 2026· Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
August 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
13 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
14 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok