Kedaulatan negara masih terpelihara dalam perjanjian dagangan AS: Zafrul

November 1, 2025 · Isu semasa

Kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat terpelihara sepenuhnya sebelum menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menekankan semua aspek dan risiko diteliti secara menyeluruh oleh pasukan perunding yang melibatkan semua agensi berkaitan sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Pasukan perundingan telah melihat semua risiko dan aspek bagi memastikan ini adalah perjanjian terbaik untuk Malaysia.

“Dalam mana-mana rundingan, ia tidak boleh bersifat satu hala; ada perkara yang perlu diberi dan ada perkara yang perlu dipertahankan,” ujarnya
semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, hari ini.

Tegas beliau, perkara yang tidak boleh digugat akan dikekalkan, manakala ruang rundingan akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan negara.

Tengku Zafrul turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus berinteraksi dengan masyarakat bagi menjelaskan kandungan perjanjian tersebut.

“Kerajaan terbuka menerima pandangan, namun ia perlu berasaskan fakta dan bukannya bermotifkan politik,” katanya, sambil menambah isu ini sering dipolitikkan sehingga mengaburi penilaian objektif terhadap manfaatnya.

“Yang penting adalah manfaat untuk rakyat,” tambahnya lagi.

Pengalaman Malaysia menandatangani 19 perjanjian perdagangan bebas sebelum ini dijadikan asas kukuh dalam rundingan semasa.

Mengenai manfaat ekonomi, Tengku Zafrul mendedahkan Malaysia memperoleh komitmen lebih baik melalui ART, dengan AS menawarkan akses pasaran yang lebih terjamin.

“Apa yang dimeterai adalah lebih baik daripada apa yang telah diumumkan sebelum ini,” ujarnya.

Kejayaan ini termasuk pengecualian tarif import AS sebanyak 19 peratus untuk 1,711 produk Malaysia, yang merangkumi barangan elektrik, komponen aeroangkasa dan produk pertanian, seterusnya mengukuhkan kedudukan AS sebagai rakan dagangan utama negara.

Berita berkaitan
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Dakwaan Abdul Hadi, penafian AS bercanggah: AMK
September 6, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
November 26, 2026 · Isu semasa
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
November 26, 2026 · Isu semasa
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
November 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
November 26, 2026 · Isu semasa
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok