Saifuddin Abdullah dipecat.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, mengesahkan telah menerima notis untuk hadir menghadap Jawatankuasa Disiplin (LD) Bersatu pada Khamis ini.
Panggilan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataan-kenyataannya yang menyentuh dan mengkritik kepimpinan parti.
Saifuddin, yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, memaklumkan telah memohon dan mendapat persetujuan untuk mengubah waktu sesi berkenaan.
“Sekitar jam 1.52 tengah hari tadi, saya menerima notis untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa LD di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya pada jam 4.30 petang 6 November ini.
“Saya meminta sesi itu diawalkan kerana ada program di luar Kuala Lumpur, dan LD bersetuju. Masa baharu ialah jam 2 petang,” katanya.
Panggilan disiplin ini menyusuli laporan mengenai 16 Ahli Parlimen Bersatu yang menandatangani surat bagi menyatakan kebimbangan terhadap polemik dalaman parti.
Surat tersebut, yang diserahkan kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, turut membantah pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin parti yang dianggap sebagai langkah tidak bijak dan boleh mengganggu momentum sokongan rakyat.
Saifuddin adalah antara yang menandatangani surat bantahan itu dan mengesahkan dokumen berkenaan telah dihantar kepada Muhyiddin di Parlimen pada 27 Oktober lalu.
Selain Saifuddin, tiga lagi Ketua Bahagian Bersatu turut dipanggil menghadap LD baru-baru ini.
Mereka dipercayai antara kira-kira 120 Ketua Bahagian yang didakwa menandatangani akuan bersumpah untuk menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan.
Tindakan disiplin ini menandakan ketegangan dalaman parti yang semakin memuncak, berikutan pemecatan empat Ketua Bahagian yang diumumkan pada pertengahan Oktober lalu.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat