Seorang suspek kes tembakan maut ke atas seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat ditahan polis Thailand.
Seorang suspek yang dikehendaki dalam kes tembakan maut ke atas seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, baru-baru ini, telah menyerah diri kepada pihak polis Thailand, semalam.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, pihaknya telah menerima maklumat tidak rasmi berkenaan penyerahan diri suspek berusia 31 tahun itu, yang dipercayai merupakan bekas pemain bola sepak untuk pasukan Kelantan.
“Berkaitan suspek, setakat ini saya diberitahu secara tidak rasmi bahawa suspek terbabit telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.
“Kita masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penangkapan suspek tersebut,” jelas Yusoff dipetik laporan media.
Beliau menegaskan kes berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan kejadian berlaku di wilayah berkenaan dan suspek merupakan warganegara Thailand.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek pernah beraksi sebagai penjaga gol pasukan Kelantan FC pada 2019 selepas mewakili skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014,” tambahnya lagi.
Kejadian tembakan maut itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, yang mengakibatkan kematian seorang lelaki warga Malaysia.
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum