MP PKR kritik langkah AGC rayuan keputusan mahkamah babitkan Raymond Koh dan Amri

November 7, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, menggesa kerajaan agar menarik balik keputusan memfailkan rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Pemimpin PKR itu menegaskan langkah merayu itu berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menegakkan keadilan dan hak asasi manusia.

Chean Chung berkata penghakiman tersebut bukan sahaja bersejarah, malah menetapkan satu duluan perundangan dan moral yang penting.

“Penghakiman ini memberi isyarat bahawa mahkamah Malaysia kini bersedia untuk mengenakan kos ketara atas tindakan dan sikap berdiam diri pihak berkuasa.

“Ini adalah langkah ke hadapan dalam memperkukuh perundangan hak asasi manusia dan akauntabiliti institusi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, keputusan mahkamah itu merupakan pengiktirafan bahawa keluarga mangsa layak menerima pampasan atas penderitaan berpanjangan yang ditanggung mereka sejak lapan tahun lalu.

Kes ini, yang mendapat liputan media antarabangsa, telah meletakkan Malaysia di bawah pemerhatian global.

“Kerajaan Madani berdiri di atas prinsip ihsan, hormat dan kepercayaan. Keputusan mahkamah ini mencerminkan nilai-nilai tersebut dengan mengakui penderitaan mendalam keluarga mangsa.

“Sebaliknya, keputusan untuk merayu berisiko meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap prinsip yang sering dilaungkan oleh kerajaan sendiri,” tegasnya lagi.

Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab atas kehilangan kedua-dua individu itu.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM3.26 juta kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin, dan lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.

Mahkamah turut mengarahkan PDRM membuka semula siasatan kehilangan Amri dan melaporkan perkembangannya kepada Peguam Negara setiap dua bulan.

Keputusan penting ini dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua isteri mangsa terhadap kerajaan dan polis.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
2 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
4 jam lalu· Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
22 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
2 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
2 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
2 jam lalu · Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
4 jam lalu · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok