Anwar ingatkan rakyat jangan alpa, utamakan perpaduan negara

November 12, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menyifatkan keharmonian dan kestabilan negara merupakan aset berharga yang tidak boleh dipandang ringan, justeru rakyat disaran agar tidak terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi sehingga mengabaikan kewaspadaan.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia yang semakin maju dan menjadi tumpuan dunia perlu sentiasa mempertahankan semangat perpaduan serta tadbir urus yang baik bagi memastikan kemajuan negara berkekalan.

Beliau berkata ancaman bukan sahaja datang dari luar, malah boleh berpunca daripada sifat iri hati dan permusuhan dalam kalangan rakyat sendiri.

“Positifnya, kita kini menjadi perhatian bagi sektor pelancongan dan pelaburan. Namun, perlu berwaspada, adakah kita dapat bertahan?

“Jika menyingkap lembaran sejarah, tiada negara yang dapat bertahan apabila mula dirasuk bibit kealpaan dan kecuaian. Itu kita perlu ingat,” tegas Anwar dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar menekankan keamanan yang dinikmati kini merupakan asas keyakinan pelabur serta kesejahteraan sosial rakyat.

“Kita, rakyat Malaysia, kadang-kadang mengambil mudah keadaan ini. Sehingga kini, Alhamdulillah, keharmonian dapat dipelihara. Itu sebabnya saya tekankan pentingnya menjaga keharmonian,” ujarnya.

Beliau turut membandingkan keadaan negara lain yang mempunyai komposisi kaum dan agama yang berbeza, dengan menyatakan bahawa keamanan yang kelihatan itu sebenarnya mudah tergugat dan tidak mantap.

Perdana Menteri juga menegaskan kestabilan politik dan tadbir urus yang baik merupakan tunjang utama kejayaan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

“…yang pentingnya itu tatakelola. Wang banyak mana pun jika tidak diurus dengan baik, masalah tetap tidak selesai,” katanya.

Tambahnya, pemimpin politik perlu sedar perebutan kuasa yang berterusan hanya akan menjejaskan kestabilan negara dan menambah beban rakyat.

“Kita mengalami politik stabil, kemudian politik yang tidak menentu memberi kesan kepada rakyat.

“Apabila percaturan pimpinan politik berterusan, tiada kepastian, dan dalam kehangatan itu, mereka hanya memikirkan persaingan dan bukan kesan kepada negara,” jelasnya.

Berita berkaitan
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
3 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
16 jam lalu· Isu semasa
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
16 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
16 jam lalu · Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
22 jam lalu · Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
22 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok