PRN Sabah: Proses penamaan calon lancar, tiada insiden tidak diingini

November 15, 2025 · Politik

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah tamat secara rasmi pada jam 10 pagi tadi, selepas berlangsung selama satu jam di semua 25 pusat penamaan calon yang ditetapkan.

Dengan penutupan pusat penamaan calon, secara rasmilah bermulanya tempoh kempen selama 14 hari yang akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 28 November ini, seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hari mengundi telah ditetapkan pada 29 November ini.

Suasana di sekitar pusat penamaan calon dilaporkan tenang dan teratur.

Kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding menyerikan lagi suasana, dengan ada antara mereka memakai pakaian tradisional kaum masing-masing.

Kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berkesan memastikan tiada sebarang provokasi atau insiden tidak diingini berlaku.

Seorang pegawai SPR yang ditemui menyatakan kepuasan hati dengan kelancaran proses pada hari ini. \

“Kita berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Semuanya berjalan lancar dan teratur, serta mematuhi prosedur yang ditetapkan,” kata pegawai tersebut.

Tinjauan di beberapa lokasi turut mendapati disiplin dan semangat berhemah tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak sepanjang proses tersebut.

Seramai 1,784,843 pengundi akan menentukan hala tuju negeri Sabah.

Jumlah ini terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera beserta pasangan, dan 12,729 anggota polis serta pasangan.

Pengundian awal pula dijadualkan pada 25 November.

Berita berkaitan
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
10 jam lalu· Isu semasa
DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo
May 28, 2026· Politik
BN Johor kekal pendirian tanding semua kerusi PRN: Onn Gafiz
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
9 jam lalu · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
9 jam lalu · Politik
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
May 29, 2026 · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026 · Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok