Sidang media Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah.
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara Afrika akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines (MAS) yang didapati lebih menjimatkan dari segi kos dan masa berbanding penggunaan pesawat eksekutif kerajaan.
Lawatan kerja selama seminggu itu bermula esok, membawa delegasi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, keputusan itu dibuat memandangkan jadual perjalanan yang amat padat tanpa ruang transit.
“Kalau kita menggunakan penerbangan eksekutif kerajaan, perjalanan mengambil masa 13 jam dan kapasiti pesawat itu juga terhad.
“Dengan pesawat sewaan khas, masa perjalanan dapat dikurangkan dan kosnya juga terkawal. Kos menyewa pesawat khas ini juga lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan,” jelas Tunku Nashrul dalam satu taklimat media.
Beliau menekankan kaedah ini bukan sahaja menjimatkan malah membolehkan kapasiti yang lebih besar untuk membawa delegasi tambahan.
“Ini memudahkan kita untuk membuat perancangan di ketiga-tiga lokasi dan menjamin kehadiran yang tepat untuk dalam semua mesyuarat dan libat urus yang akan diadakan,” tambahnya.
Tunku Nashrul juga menegaskan kos penglibatan delegasi perniagaan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
“Kerajaan menanggung sepenuhnya kos delegasi rasmi kerajaan dan delegasi perniagaan pula menanggung sendiri kos mereka,” ujarnya.
Antara syarikat yang terlibat dalam rombongan perniagaan ini ialah Khazanah Nasional Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan DRB-HICOM Bhd, yang dipilih oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi meneroka peluang pasaran baharu.
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum