PRN Sabah: Anwar nafi guna aset kerajaan semasa berkempen

November 18, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menolak dakwaan menggunakan harta dan kemudahan kerajaan untuk berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perdana Menteri menjelaskan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan adalah satu kewajipan dan bukan pilihan kerana sebagai pemimpin utama negara pasukan keselamatan perlu bersama-sama dalam apa jua program yang disertainya atas faktor sekuriti.

“Kalau macam tu saya nak guna mobil (kenderaan) mana… (Guna kenderaan) kerajaan, itu kelonggaran.

“PM (Perdana Menteri) kena guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa program sebab pertimbangan sekuriti,” jelas Anwar semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Dewan Rakyat.

Anwar juga berkata semua program rasminya di negeri itu telah dijadualkan lebih awal, sementara sebarang aktiviti berkaitan kempen PRN Sabah dilakukan sepenuhnya di bawah platform parti.

Anwar turut memberi komitmen peribadinya dalam memastikan integriti dengan menetapkan garis pandang yang ketat, malah melarang sebarang program kempen parti melibatkan mana-mana agensi atau institusi kerajaan secara rasmi.

Sebagai contoh, beliau berkongsi satu insiden di mana sebuah program bersama mahasiswa yang dinamakan ‘Temu Anwar’ pada asalnya dijadualkan di sebuah universiti.

Namun, beliau sendiri mengambil inisiatif untuk membatalkan dan menukar lokasinya.

“Ini kerana saya tidak mahu universiti secara rasmi terbabit menganjurkan program Anwar untuk bertemu dengan anak muda,” ujar Anwar.

Penjelasan diberikan itu sekali gus menunjukkan pendirian Anwar dalam memisahkan urusan parti dan kerajaan.

Penegasan ini dibuat bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan mengenai penggunaan aset kerajaan semasa PRN Sabah.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
1 jam lalu· Isu semasa
RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
May 25, 2026· Isu semasa
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
May 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi
1 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid mohon halang cabaran Badan Peguam ke Mahkamah Persekutuan
1 jam lalu · Politik
PAS didakwa dalang pecah belah Bersatu demi kuasai PN
6 jam lalu · Politik
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
7 jam lalu · Politik
PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok