Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses perundingan bagi menentukan calon Ketua Menteri Sabah hanya selepas keputusan pilihan raya negeri diumumkan, dengan memberi keutamaan kepada hierarki kepimpinan dalam parti.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid berkataa perkara itu hanya akan diputuskan sekiranya BN berjaya meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
“Kita sudah membuat keputusan, apabila kita memenangi kerusi dan banyak, barulah kita akan buat, untuk menentukan semua atur cara perundingan calon ketua menteri baru,” jelasnya kepada media selepas melancarkan manifesto BN malam tadi.
“Tentunya kita meyakini hierarki (kedudukan pemimpin itu dalam parti) harus diberi keutamaan,” tambahnya.
Sehingga kini, BN masih belum mendedahkan calon yang akan diangkat sebagai ‘poster boy’ atau calon Ketua Menteri.
Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin, sebelum ini telah menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab tersebut sekiranya parti itu diberi mandat.
Mengenai kerjasama dengan parti lain, Zahid menjelaskan buat masa ini, kesepakatan hanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dari segi penentuan calon.
“Kita mempunyai kesepakatan dan kerjasama semua kerusi yang ditandingi oleh BN dan PH,” katanya.
Menjawab persoalan mengenai serangan daripada pihak lawan, beliau mengakui ianya berlaku, namun menegaskan bahawa BN tidak pernah lemah semangat.
“Kita yakin, dokongan (yang terus diberikan pucuk pimpinan) itu akan memberikan semangat kepada pemimpin dan calon untuk memenangi kerusi yang ditandingi,” ujarnya.
“Kita birukan semula Sabah kerana kita mempunyai sejarah panjang di mana Sabah ketika dipimpin BN satu ketika dulu, adalah negeri yang sangat maju,” ujarnya lagi.
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar