Kerajaan GRS terpalit isu rasuah, Hajiji kata ekonomi dan prestasi pelaburan Sabah kekal kukuh

November 22, 2025 · Politik

Walaupun berdepan dengan beberapa isu, Ketua Menteri Sabah sementara, Hajiji Noor, menegaskan ekonomi negeri Sabah terus menunjukkan perkembangan yang kukuh dengan prestasi pelaburan yang memberangsangkan sejak lima tahun lalu.

Menurut Hajiji, dari tahun 2021 hingga 2024, Sabah berjaya menarik pelaburan asing bernilai RM14.77 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM20.61 bilion.

Bagi separuh pertama tahun ini sahaja, pelaburan asing mencecah RM6.61 bilion manakala pelaburan domestik ialah RM4.79 bilion.

Beliau berkata, dasar mesra pelabur kerajaan negeri menjadi pemangkin utama kejayaan ini.

“Sabah menerima berpuluh-puluh bilion nilai pelaburan dari dalam dan luar negara, dan pelaburan itu sedang beroperasi sekarang ini.

“Apabila kita mempunyai satu dasar yang mesra pelabur, jadi ramai pelabur datang melabur di sini,” katanya dipetik dalam laporan Bernama.

Antara kejayaan terbaharu ialah komitmen pelabur dari Singapura yang melabur sebanyak RM31 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

“Saya difahamkan di peringkat pelaksanaan mereka memerlukan 7,000 hingga 8,000 pekerja dan ini sekali gus dapat memberi peluang baik kepada anak-anak Sabah,” katanya.

Beliau turut menekankan kerajaan negeri sentiasa berusaha memudahkan urusan pelabur.

“Kerajaan Sabah menyediakan fasiliti kepada para pelabur seperti tanah, kawasan dan peraturan-peraturan bagi mempercepatkan urusan untuk mereka memulakan perniagaan,” jelasnya.

Dari segi kewangan negeri, Hajiji mendedahkan bahawa hasil pendapatan negeri telah berjaya ditingkatkan kepada RM7 bilion berbanding hanya RM3 bilion sebelum ini.

Rizab negeri juga menunjukkan peningkatan ketara, mencecah RM8 bilion berbanding tidak sampai RM3 bilion pada awal pentadbirannya.

Prestasi ekonomi ini diharap dapat diteruskan bagi memastikan kemakmuran berterusan untuk rakyat Sabah.

Untuk rekod, ahli perniagaan Albert Tei sebelum ini membuat pendedahan video bagi membuktikan dakwaan rasuah dikalangan Ahli Dewan Undangan (ADUN) GRS.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
8 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
8 jam lalu· Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
16 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
8 jam lalu · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
8 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
14 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
16 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok