Petronas nafi jadi penaja liga bola sepak Bangladesh

November 24, 2025 · Isu semasa

Syarikat minyak dan gas negara, Petronas, secara rasmi menafikan dakwaan yang tular di media sosial menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Petronas menegaskan syarikat tersebut tidak pernah terlibat dalam sebarang perjanjian penajaan untuk liga bola sepak berkenaan.

Petronas juga tidak memberikan kebenaran untuk menggunakan nama mahupun jenama mereka dalam sebarang bentuk promosi bagi kejohanan tersebut.

Petronas turut menyatakan mereka amat mengambil berat tentang isu yang melibatkan integriti jenama syarikat.

“Kami ingin menegaskan bahawa Petronas tidak pernah memeterai sebarang perjanjian penajaan dengan Liga Bola Sepak Bangladesh. Kami memandang serius dalam hal-hal yang membabitkan nama dan jenama kami.,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khabar angin mengenai penajaan tersebut mula tersebar luas sejak semalam, ekoran laporan beberapa portal sukan tempatan.

Perkembangan itu telah menarik perhatian ramai pihak dan mencetuskan sedikit kontroversi dalam kalangan orang awam.

Ada dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan Petronas yang dikatakan lebih cenderung untuk menaja liga di luar negara berbanding menyokong kejohanan sukan domestik.

Walau bagaimanapun, semua spekulasi itu telahpun dijawab dengan penafian yang jelas daripada syarikat tersebut.

Petronas dalam kenyataannya turut menekankan komitmen berterusan syarikat untuk memberikan nilai kepada semua pihak berkepentingan serta komuniti di mana mereka beroperasi, sambil menolak sebarang kenyataan yang tidak benar berkaitan penajaan tersebut.

Berita berkaitan
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Fahmi bantu kukuhkan kewangan KL City, tiada tunggakan gaji
August 1, 2026· Isu semasa
Polis teliti CCTV, dashcam buru dua suspek serang pengkritik bola sepak
July 14, 2026· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
2 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
4 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
4 jam lalu · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok