Anwar puji kepimpinan Hajiji, tekankan kestabilan politik Sabah

November 27, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, secara terbuka memuji integriti dan ketulusan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dengan menyifatkannya sebagai pemimpin yang berprinsip serta konsisten memperjuangkan nasib rakyat tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Perdana Menteri berkata pendekatan pentadbiran Hajiji berjaya meletakkan Sabah di landasan kepimpinan yang matang dan stabil, malah Hajiji tidak pernah membawa sebarang permintaan untuk kepentingan diri atau keluarganya.

“Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga. Dia beritahu saya siang dan malam. Dia fikir masalah orang Sabah… Datuk Seri jalan, Datuk Seri air sini, Datuk Seri elektrik ini…,” ujar Anwar dalam program Temu Rapat Dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran hari ini.

Beliau turut memberi peringatan keras terhadap amalan politik berpecah yang melibatkan terlalu banyak parti kecil atau calon Bebas, kerana ia hanya akan menyukarkan pembentukan kerajaan yang stabil.

“Kita berdepan dengan terlalu banyak parti, ini bukan perkara main-main.

“Jika calon Bebas menang, apa yang mereka boleh lakukan dan kepada siapa mereka mahu merujuk?” soal Anwar.

Beliau menegaskan estabilan antara kerajaan negeri dan pusat adalah kunci untuk memastikan projek pembangunan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.

Anwar juga tidak mengetepikan teguran kepada sesetengah pihak yang hanya berani mengkritik dan menabur kebencian ketika musim pilihan raya, tetapi gagal membawa perubahan sewaktu berkuasa.

“Yang kamu mohon, kami bagi. Apa, mau perang? Mau gaduh? Kamu gaduh, tapi kamu kaya. Gaduh rakyat, rakyat miskin. Sebab itu saya langsung tidak setuju dengan politiknya sebegini,” katanya dengan tegas.

Beliau menekankan kejayaan ekonomi dan sosial negara adalah hasil daripada kerja berpasukan yang utuh, bukannya usaha seorang individu.

Anwar turut menyenaraikan beberapa pencapaian kerajaan seperti kenaikan gaji penjawat awam, peningkatan gaji minimum dan bantuan terus kepada rakyat sebagai bukti komitmen penyampaian yang nyata.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
4 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
10 jam lalu· Isu semasa
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
4 jam lalu · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
10 jam lalu · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
13 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok