Takiyuddin Hassan.
Usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan telah ditangguhkan hari ini.
Usul berkenaan dibangkitkan berikutan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu dengan tragedi Memali 1985.
Ketika menggulung perbahasan usul tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan permohonan penangguhan daripada pihak kerajaan.
“Kita memahami selepas kita dengar hujah daripada semua Ahli Parlimen dan menimbang hujah-hujah yang diberikan, maka kita bagi pihak kerajaan mohon usul ini ditangguhkan dan dibawa ke sesi akan datang,” jelasnya.
Keputusan itu disambut baik beberapa wakil pembangkang yang mengucapkan terima kasih atas pertimbangan kerajaan.
Suasana ini berbeza dengan sesi perbahasan awal yang kecoh dengan beberapa wakil pembangkang kerap mencelah, memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, berulang kali memberi amaran.
Mengulas lanjut, Johari Abdul berkata akan memantau perkembangan seterusnya.
“Baik-baik, jangan ada lagi yang negatif. Sekarang usul ditangguhkan. Insya-Allah saya akan dapat apa juga keputusan selepas itu sama ada pengundian diteruskan atau tidak. Tapi isunya ditangguhkan,” katanya.
Usul yang termaktub dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat itu mendakwa ucapan Takiyuddin pada 22 Oktober lalu telah memberi gambaran tidak tepat dan mencalarkan imej Maritim Malaysia, walaupun beliau didakwa telah dimaklumkan bahawa kejadian di masjid berkenaan hanyalah sebahagian daripada latihan agensi tersebut.
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi