Dana rakan-rakan dikutip bayar wang jaminan Shamsul Iskandar

December 4, 2025 · Politik

Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, terpaksa bergantung pada dana kutipan PKR dan rakan-rakan bagi membayar wang ikat jamin RM150,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dibebaskan dengan jaminan tersebut selepas mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Hakim Suzana Hussin turut memerintahkan Shamsul Iskandar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, dilarang mengganggu saksi, dan melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali.

Pendakwaan, yang asalnya mencadangkan jaminan RM300,000, berhujah jumlah tinggi diperlukan memandangkan keseriusan pertuduhan dan rangkaian luas tertuduh.

“Cadangan jaminan RM300,000 adalah munasabah memandangkan kesalahan ini tidak boleh dijamin,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan.

Namun, peguam bela, Amer Hamzah Arshad, membantah dan menegaskan prinsip asas keinsafan.

“Prinsip undang-undang adalah jelas: setiap tertuduh dianggap tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya. Jumlah RM300,000 terlalu tinggi… itu agak keterlaluan,” tegasnya.

Selepas keputusan mahkamah, seorang lagi peguam bela, Mohd Yusmadi Yusoff, mendedahkan keadaan sebenar anak guamnya.

“Untuk rekod, Shamsul Iskandar tidak mampu menyediakan wang ikat jamin RM150,000 yang ditetapkan. Wang itu disediakan melalui bantuan pimpinan PKR dan rakan-rakan yang membuat kutipan dana,” jelasnya kepada pemberita.

Beliau turut memaklumkan dua penjamin Shamsul Iskandar ialah seorang kenalan dari Melaka dan seorang bekas ahli Angkatan Muda Keadilan.

Kes ini ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Oktober ini.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
4 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
2 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
4 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
4 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
4 jam lalu · Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok