Penasihat DAP, Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng menggesa kerajaan memansuhkan penalti RM10,000 di bawah Seksyen 45F pindaan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Disember lalu.
Penasihat DAP mendakwa penalti itu membebankan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana kerana pindaan berkenaan mewajibkan majikan memaklumkan kepada PERKESO setiap kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu dalam tempoh tujuh hari, dengan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan penalti besar.
Menurut beliau, struktur denda itu bersifat kumulatif dan berpotensi melonjak tinggi jika majikan berdepan beberapa kekosongan dalam tempoh berbeza.
“Sekiranya ada lima kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu dalam tempoh lima minggu dan gagal dilaporkan, majikan mungkin dikenakan penalti sehingga RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menyifatkan jumlah itu ‘boleh bertambah berlambak’ jika jumlah jawatan kosong meningkat.
Guan Eng berkata Seksyen 45F wajar dimansuhkan ketika dibahaskan di Dewan Negara kerana dewan itu mempunyai kuasa meminda rang undang-undang sebelum dikembalikan ke Dewan Rakyat.
Beliau yakin ahli Parlimen akan bersetuju dengan pemansuhan tersebut jika ia dirujuk semula.
“Dewan Negara perlu memainkan peranan untuk membetulkan kelemahan ini,” katanya.
Beliau turut mengkritik PERKESO yang didakwa tidak mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum pindaan diluluskan.
Menurutnya, tindakan badan itu mengumumkan moratorium penguatkuasaan selama dua tahun hanya selepas kelulusan rang undang-undang menimbulkan persoalan.
“Soalannya, mengapa libat urus hanya dirancang selepas pindaan diluluskan dan bukan sebelum itu?” soalnya.
Beliau menegaskan moratorium tersebut “tidak bermakna” kerana penalti tetap akan dikuatkuasakan pada masa hadapan.
Guan Eng menyifatkan situasi itu sebagai mencemarkan proses kelulusan undang-undang dan mencadangkan agar Seksyen 45F dimansuhkan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya mengecualikan perusahaan kecil dan sederhana, sementara penalti untuk syarikat besar dikurangkan kepada RM100.
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan