Pengarah Pendidikan Politik DAP, Howard Lee menegur Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Howard Lee menegur Dr Akmal Saleh, yang disifatkannya menggunakan taktik “politik ketakutan” serta memutar belit fakta dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Howard yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata tindakan Ketua Pemuda UMNO itu menunjukkan “kejahilan nyata” mengenai sistem pendidikan pelbagai aliran yang diamalkan di banyak negara.
“Kenyataan Akmal bukan saja jahil, tetapi naratif palsu yang sengaja diulang untuk mencetuskan perseteruan sosial,” katanya dalam kenyataan balas.
Beliau berkata dakwaan Akmal “tiada negara yang mengiktiraf pendidikan pelbagai aliran” adalah jauh tersasar.
Menurutnya, sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda wujud di Switzerland, Filipina, India, Kanada, Guatemala dan beberapa negara Eropah.
“Ini bukan pengecualian, tapi arus perdana pendidikan global,” tegasnya.
Howard menambah Unesco sendiri menyokong pendidikan pelbagai bahasa kerana terbukti membantu prestasi akademik, perkembangan kognitif dan integrasi sosial.
“Dakwaan hanya Malaysia membenarkan pendidikan bahasa ibunda bukan saja salah, malah menunjukkan kurangnya pemikiran rasional,” katanya.
Beliau turut menegaskan UEC sudah lama diiktiraf lebih 300 universiti antarabangsa termasuk Oxford, Cambridge, Melbourne, Universiti Nasional Singapura serta universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan.
“Universiti terbaik dunia terima UEC sebagai sah dan berwibawa. Tapi Akmal kata UEC tak memuaskan. Jadi masalahnya pada UEC atau pada dia? Jawapan tu jelas,” katanya.
Isu UEC kembali panas selepas kenyataan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming baru-baru ini yang disalah tafsir sebagai tekanan terhadap Perdana Menteri, mencetuskan kecaman di media sosial.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kemudian menjelaskan UEC bersifat melengkapi usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum