Guan Eng hantar senarai 10 tuntutan DAP kepada PMX untuk segera ditangani

December 12, 2025 · Politik

Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengemukakan 10 tuntutan yang disifatkannya sebagai isu nasional mendesak kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melalui sepucuk surat setebal lima muka surat.

Ahli Parlimen Bagan itu sekali lagi menekan keperluan menyeimbangkan peruntukan nasional dengan mencadangkan 10 peratus dana diberikan kepada kaum bukan Bumiputera, selain mendesak penyelesaian segera tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

“Perkara ini dah terlalu lama tergantung, dan sudah sampai masa ia diselesaikan,” katanya.

Guan Eng turut meminta kajian semula pelaksanaan e-invois dengan mencadangkan pengecualian kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Beliau mencadangkan kerajaan menaikkan ambang hasil tahunan kepada RM5 juta sebagai langkah sementara.

“Keputusan ini perlu cepat kerana e-invois akan diwajibkan untuk perniagaan berpendapatan RM1 juta hingga RM5 juta bermula Januari 2026,” ujarnya.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan menyemak semula peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mula berkuat kuasa 1 Julai lalu, dengan menyatakan bahawa peningkatan kos tersebut “membeban perniagaan, terutama PKS yang sedang struggle”.

Beliau juga mahu kerajaan menghentikan caruman mandatori KWSP dua peratus bagi pekerja asing yang dianggapnya tidak praktikal.

Pada masa sama, cukai dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 dicadangkan dikenakan hanya kepada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Guan Eng turut menuntut peruntukan RM20 bilion bagi menyelesaikan bayaran cukai tertunggak pada Januari 2026, selain memansuhkan penalti RM10,000 kepada mana-mana majikan yang gagal memaklumkan kekosongan atau pewujudan jawatan baharu kepada Perkeso.

“Penalti ini honestly terlalu berat dan tak masuk akal bagi banyak majikan,” katanya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan mewajibkan 50 peratus barangan keperluan dibeli daripada pengeluar tempatan, mengenakan 10 peratus SST ke atas bijih besi import dan tempatan serta arang batu kok, sambil memansuhkan SST ke atas sekerap keluli.

Surat tuntutan itu dijangka menjadi satu lagi perbincangan penting antara DAP dan kepimpinan kerajaan ketika isu ekonomi serta beban kos hidup terus menjadi perhatian nasional.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri
July 25, 2026· Politik
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026· Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
2 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
2 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
6 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
7 jam lalu · Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
10 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok