Hujan lebat berterusan hingga esok, Pahang pada tahap bahaya

December 17, 2025 · Isu semasa

Hujan lebat dijangka berterusan hingga esok di beberapa negeri, dengan Pahang antara kawasan paling terjejas, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan bahawa Amaran Hujan Berterusan tahap Bahaya dikeluarkan sehingga 18 Disember melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir dan gangguan kepada penduduk setempat.

Menurut kenyataan itu, amaran tahap Buruk pula berkuat kuasa di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman, Pahang merangkumi Jerantut, Maran dan Bera serta Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Amaran Hujan Berterusan tahap Waspada turut dikeluarkan di beberapa kawasan lain termasuk Kelantan; Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang; Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh; selain Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” menurut MetMalaysia.

Johor turut terkesan dengan amaran tahap Waspada melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengelakkan aktiviti berisiko terutama di kawasan rendah serta berhampiran sungai.

“Orang awam disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan,” katanya.

Situasi cuaca ini dijangka terus dipantau rapi, dengan kemas kini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terjamin.

Berita berkaitan
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
November 18, 2026· Isu semasa
Bantuan peruntukan kerajaan pusat bantu Melaka laksana projek tebatan banjir: Ab Rauf
November 9, 2026· Isu semasa
Hujan lebat berterusan landa Pantai Timur, Sabah hingga Rabu
November 9, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok