UMNO Sabah senarai empat calon berpotensi PRK Kinabatangan, Lamag

December 18, 2025 · Politik

UMNO Sabah sudah mengenal pasti empat individu sebagai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan Januari depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin berkata, proses pemilihan calon dibuat berdasarkan kriteria calon boleh menang hasil libat urus bersama pimpinan akar umbi di kawasan terlibat.

“Kita telah mengenal pasti beberapa calon dan saya mendengar pandangan yang disuarakan pimpinan di peringkat akar umbi. Insya-Allah perkara ini akan dibawa untuk diputuskan pada masa yang sesuai,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, malam tadi.

Menurut beliau, semua calon yang dikenal pasti merupakan lelaki, muka baharu dan dilihat berpotensi memberikan kemenangan lebih meyakinkan kepada parti di kedua-dua kerusi berkenaan.

Jafry berkata, UMNO Sabah turut mengambil kira prestasi pilihan raya negeri lalu, termasuk penurunan majoriti undi di DUN Lamag serta faktor kesihatan calon ketika itu, Allahyarham Bung Moktar Radin.

Beliau turut memaklumkan hasrat UMNO Sabah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bagi Barisan Nasional (BN) telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, dengan penamaan calon pada 10 Januari dan pengundian awal pada 20 Januari. PRK diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

Dalam perkembangan lain, Jafry menegaskan kepimpinan baharu UMNO Sabah komited untuk meneruskan perjuangan parti secara lebih inklusif dan matang selaras peranan dalam kerajaan perpaduan negeri.

“Keutamaan kami bukan sekadar kestabilan politik, tetapi memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara adil, menyeluruh dan berkesan, serta kebajikan rakyat sentiasa dibela tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau menambah, UMNO Sabah dan BN akan terus berperanan sebagai rakan kerajaan yang berdisiplin dan bertanggungjawab demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.

Sementara itu, Mohd Salleh Said Keruak dikekalkan sebagai Bendahari UMNO Sabah, manakala Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi dilantik Ketua Penerangan dan Harun Durabi sebagai Penolong Setiausaha.

Berita berkaitan
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
18 jam lalu· Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
21 jam lalu· Politik
PH umum calon PRN Johor malam esok
June 21, 2026· Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
June 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
15 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
17 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
18 jam lalu · Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
20 jam lalu · Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok