Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan

June 12, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik dan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan supaya mematuhi peraturan dan menghormati etika kempen sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu terus melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan profesional bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar serta telus.

“Sekarang bila dah mula kempen, saya harap dapat dijaga dan SPR menjalankan tanggungjawab dengan baik serta bebas.

“Tadi sempat juga saya berbicara dengan kawan-kawan selepas mesyuarat Jemaah Menteri supaya menjaga peraturan dan menghormati etika kempen,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman SPR mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kedua-dua pilihan raya negeri berkenaan yang dijangka menjadi medan ujian penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRN Johor diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 4 Jun selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, seperti diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ramlan Harun, mengumumkan hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos.

Menurut beliau, hari penamaan calon bagi Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai.

SPR turut memaklumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi PRN Johor mengandungi kira-kira 2.73 juta pemilih, termasuk pengundi biasa, anggota tentera serta pasangan, dan anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

Bagi Negeri Sembilan pula, daftar pemilih yang digunakan adalah daftar terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang dikemas kini setakat 4 Jun lalu.

Berita berkaitan
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
3 jam lalu· Isu semasa
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
6 jam lalu· Politik
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
7 jam lalu· Isu semasa
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
4 jam lalu · Politik
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
10 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
11 jam lalu · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
13 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
9 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok