Haiwan peliharaan masih tidak dibenarkan masuk pusat beli-belah Selangor: Exco

December 18, 2025 · Isu semasa

Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih dikekalkan, menurut Ng Suee Lim.

Bagaimanapun, , Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor itu berkata kerajaan negeri akan meneliti semua garis panduan sedia ada bagi memastikan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.

“Kita di Selangor sebagai sebuah negeri maju akan meneliti semua polisi antarabangsa.

“Di sesetengah negara, dasar mereka sangat mesra haiwan, membenarkan haiwan dibawa ke pusat beli-belah. Namun, berdasarkan kepelbagaian budaya dan masyarakat kita, kita perlu kaji kesesuaiannya,” jelas beliau dipetik laporan media selepas menghadiri Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 Shah Alam.

Ulasan beliau dibuat sebagai tindak balas kepada satu pusat beli-belah di Lembah Klang yang dilaporkan membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk.

Suee lIM menegaskan Kerajaan negeri peka terhadap perkembangan semasa dan akan memastikan sebarang keputusan mengambil kira sensitiviti serta keselesaan semua pihak.

“Keseimbangan antara kemajuan dan penghormatan terhadap norma masyarakat setempat adalah penting,” tambahnya.

Langkah ini diambil untuk memastikan pusat membeli-belah kekal sebagai ruang yang selesa dan selamat untuk semua pengunjung, sambil mengkaji potensi pelaksanaan dasar yang lebih fleksibel pada masa depan berdasarkan kesesuaian tempat dan keperluan komuniti.

Berita berkaitan
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
November 18, 2026· Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
November 5, 2026· Isu semasa
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
November 1, 2026· Isu semasa
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
1 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
1 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok