PRK Kinabatangan: Anak Bung Moktar dalam pertimbangan diletak sebagai calon BN

December 18, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) sedang menimbangkan kemungkinan mempertaruhkan Naim Kurniawan, anak kepada Allahyarham Bung Moktar Radin, sebagai calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan Januari depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan walaupun cadangan itu belum dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat parti, hasrat tersebut pernah diutarakan oleh Allahyarham Bung Moktar sendiri sebelum ini.

“Allahyarham sebelum ini pernah mencadangkan agar Naim Kurniawan diberi peluang untuk bertanding di kerusi itu.

“Penerimaan pengundi terhadap beliau di kawasan Kinabatangan juga adalah baik,” kata Ahmad Zahid selepas merasmikan majlis konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, keputusan muktamat belum boleh dibuat kerana memerlukan perbincangan lanjut.

“Saya perlu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kepimpinan dan juga rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah,” jelas beliau.

Zahid turut menyampaikan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, ekoran kenyataan yang mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah mungkin tidak akan bertanding dalam PRK tersebut.

Langkah itu dilihat dapat mengukuhkan peluang BN.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag kosong berikutan pemergian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari mengundi pada 24 Januari 2026, manakala hari penamaan calon adalah pada 10 Januari.

Berita berkaitan
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
April 18, 2026· Politik
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap dua anak Daim
April 7, 2026· Isu semasa
Anak Tun Daim akan didakwa esok di mahkamah: Laporan
April 6, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
2 jam lalu · Politik
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
4 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
22 jam lalu · Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
22 jam lalu · Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok