Isu pengampunan Najib yang diberikan tahanan rumah.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan semua isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah pun dihujahkan dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan yang bermula sejak 2019.
AGC dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, penegasan itu dibuat susulan kenyataan media oleh Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak dalam perbicaraan kes berkenaan.
Menurut AGC, perkara yang diketengahkan oleh pihak pembelaan bukan isu baharu, sebaliknya telah dibincangkan secara menyeluruh sepanjang prosiding berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 November 2025.
“Semua isu yang dibangkitkan telah pun dihujahkan dan dipertimbangkan oleh mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan,” menurut kenyataan itu.
AGC turut memaklumkan keputusan di akhir kes pembelaan telah ditetapkan untuk disampaikan oleh Mahkamah pada 26 Disember 2025.
Semalam, media melaporkan pihak pembelaan Najib sekali lagi menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan ketidakadilan dalam perbicaraan yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam sidang media berkenaan, Muhammad Shafee dilaporkan berkata isu tersebut timbul susulan tindakan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, yang didakwa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Beliau turut mendakwa Roger enggan menjawab beberapa soalan penting semasa prosiding perbicaraan yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Mengulas lanjut, AGC menegaskan pihaknya kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah.
“Setiap keputusan yang dibuat adalah bertujuan memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa dilindungi,” kata AGC.
AGC menegaskan proses perundangan perlu dihormati dan semua pihak wajar menunggu keputusan mahkamah yang akan ditentukan mengikut lunas undang-undang.
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib