Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mempersoal pendirian Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya keluar dari Kerajaan Perpaduan.
Seorang pemimpin akar umbi Pemuda UMNO mempersoalkan gesaan supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan kembali bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata memberi amaran langkah tersebut tidak semestinya menguntungkan UMNO dan sejarah lalu membuktikan kerjasama UMNO dan PAS tidak menjamin sokongan orang Melayu kembali memihak kepada UMNO.
“Siapa yang tidak suka penyatuan bangsa dan melihat orang Islam duduk bersama.
“Tetapi persoalannya, selama ini kita bertanding dalam pilihan raya antara UMNO dan PAS. UMNO tidak pernah bertanding lawan DAP,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook.
Menurut beliau, persaingan sebenar UMNO dan PAS adalah dalam kolam pengundi yang sama, sekali gus menjadikan dakwaan bahawa DAP menjadi punca kehilangan sokongan sebagai tidak adil.
“DAP cari undi mereka, kita cari undi kita. Undi UMNO dan PAS datang daripada kelompok yang hampir sama.
“Pengundi PAS ada dalam UMNO, pengundi UMNO ada dalam PAS, tetapi kesalahan tetap diletakkan kepada DAP. Bagi saya, itu tidak adil,” katanya.
Wan Mahussin turut mengingatkan jika UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini, situasi songsang boleh berlaku apabila PAS pula mengambil keputusan menyertai kerajaan.
“Cuba bayangkan, bila kita tarik sokongan dengan harapan mahu bersama PAS dalam Muafakat Nasional, tiba-tiba PAS masuk Kerajaan Perpaduan.
“Benda ini pernah berlaku. Kita kehilangan Pahang, kehilangan Perak dan tidak mustahil kita akan kehilangan lebih banyak negeri,” katanya.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika Konvensyen Khas Pemuda UMNO semalam menegaskan pergerakan itu menolak sebarang usaha menjatuhkan kerajaan melalui rampasan kuasa atau tindakan ‘menebuk atap’.
Bagaimanapun, beliau yang juga ADUN Merlimau menggesa UMNO mempertimbangkan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan mengambil peranan sebagai pembangkang, dengan alasan ia lebih selari dengan sentimen akar umbi parti.
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar