Agong ingatkan penjawat awam jaga integriti

January 8, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan kepentingan integriti dan amanah dalam kalangan penjawat awam supaya pentadbiran negara terus diyakini rakyat dan bergerak seiring kepentingan nasional.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Baginda bertitah penjawat awam merupakan tulang belakang kepada sistem pentadbiran negara dan memainkan peranan besar dalam memastikan dasar serta perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Penjawat awam perlu sentiasa berpegang kepada nilai kejujuran, ketelusan dan kecekapan dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan sebarang bentuk salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan bukan sahaja merosakkan sistem, malah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Nasihat itu dizahirkan ketika Baginda berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan dengan taklimat berkaitan isu semasa perkhidmatan awam termasuk langkah memperkukuh tadbir urus serta memperkasakan tatakelola kerajaan.

Menurut Baginda, budaya kerja yang berteraskan integriti perlu dijadikan amalan harian, bukan sekadar slogan.

“Kepercayaan rakyat adalah aset paling bernilai kepada perkhidmatan awam dan ia hanya dapat dipelihara melalui tindakan yang berprinsip dan bertanggungjawab,” titah Baginda lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Ibrahim Darus, yang berlangsung di istana sama pada hari ini.

Pertemuan-pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen Seri Paduka Baginda terhadap usaha memperkukuh institusi negara serta memastikan pentadbiran awam kekal relevan, telus dan berintegriti dalam menghadapi cabaran semasa.

Berita berkaitan
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Aktivis anak muda akan turun berhimpun, mahu tahanan rumah Najib digantung
November 20, 2026· Politik
Guan Eng: Hannah Yeoh patuh titah Agong, tidak tunduk tekanan
November 20, 2026· Politik
Anwar: Dokumen tahanan rumah Najib mungkin sudah dinyahklasifikasi
November 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok