Patuh titah Agong, Johari nasihat Ahli Parlimen jaga disiplin

January 20, 2026 · Politik

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga disiplin, adab dan mematuhi peraturan mesyuarat sepanjang persidangan Parlimen, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau menegaskan institusi Parlimen perlu dihormati dan setiap wakil rakyat wajib memainkan peranan secara bertanggungjawab ketika berbahas atau mengambil bahagian dalam prosiding Dewan.

Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil sekiranya peraturan tidak dipatuhi.

“Saya berharap Ahli Yang Berhormat berpegang teguh kepada prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang telah diikrarkan apabila berada dalam Dewan yang mulia ini,” katanya ketika sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, titah Diraja yang disampaikan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 semalam menjadi peringatan jelas tentang amanah besar yang digalas oleh Ahli Parlimen.

“Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya dan timbalan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika peraturan ini dilanggar,” tegas beliau.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan Ahli Parlimen dan penjawat awam agar tidak mengkhianati negara dengan menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah.

Titah tersebut dilihat sebagai seruan tegas ke arah pentadbiran yang berintegriti dan telus, seiring tuntutan rakyat yang mahukan reformasi dan akauntabiliti.

Selain itu, Johari juga memaklumkan bahawa buat pertama kali, persidangan Kamar Khas akan diadakan di Dewan Persidangan bermula hari ini bagi meningkatkan keselesaan Ahli Parlimen, pegawai, pelawat serta pengamal media.

Beliau turut menggalakkan wakil rakyat menjemput penduduk kawasan masing-masing untuk mengikuti persidangan tersebut secara langsung di Parlimen atau menerusi siaran YouTube Parlimen Malaysia.

Katanya, Kamar Khas sering membangkitkan isu setempat yang dekat dengan kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Pada masa sama, Johari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Berita berkaitan
Abdul Halim akan terajui SPRM selama dua tahun: PMX
April 25, 2026· Isu semasa
Bekas hakim Mahkamah Tinggi diumum sebagai pengganti Azam Baki
April 25, 2026· Isu semasa
PMX sudah persembahkan nama calon Ketua SPRM kepada Agong
April 24, 2026· Politik
Agong bertitah akan pilih ketua SPRM selepas ini
April 23, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
May 2, 2026 · Politik
UMNO sudah bangkit dan lebih stabil sekarang: Khairy
May 2, 2026 · Politik
UMNO sasar masa depan lebih kukuh: Zahid
1 jam lalu · Politik
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok