Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim memaklumkan senarai calon Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi pagi tadi.
Perdana Menteri berkata pengumuman rasmi mengenai pelantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat.
“Nanti saya akan umumkan kemudian,” katanya ringkas ketika ditemui selepas sesi makan tengah hari di Pasar Tani Kekal Permas Jaya.
Mengulas jumlah calon yang dipertimbangkan, Anwar secara berseloroh menyatakan, “Nama yang layak ada 120,” tanpa memberikan butiran lanjut.
Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM kini disandang oleh Azam Baki, yang kontraknya dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.
Pelantikan baharu itu menjadi perhatian ramai memandangkan peranan penting SPRM sebagai agensi utama negara dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, selain usaha memulihkan aset negara.
Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah baginda sendiri akan menentukan calon terbaik bagi menerajui SPRM.
Baginda menegaskan pemilihan tersebut tidak wajar dipolitikkan kerana kepentingannya terhadap integriti institusi negara.
“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah baginda.
Azam mula memegang jawatan tersebut pada Mac 2020, menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan selepas kira-kira 10 bulan berkhidmat.
Sejak itu, beliau dilantik semula beberapa kali bagi tempoh setahun setiap kali.
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan