Kita bertuah kerana UMNO juga komited buat pembaharuan: PMX

June 10, 2025 · Politik

Kerajaan komited untuk melakukan reformasi tetapi ia memerlukan sokongan bukan saja Pakatan Harapan (PH), tetapi parti lain dalam gabungan kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata untuk melaksanakan sesuatu pembaharuan dan perubahan yang diharapkan ia juga memerlukan kerjasama semua parti dalam kerajaan, namun menganggap

“Kalau kamu bercakap mengenai PH, kami ada 82 kerusi di Parlimen. Tidak cukup malah ia bukan majoriti mudah pun. Jadi gabungan parti ini perlu bekerja bersama,” katanya semasa Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE) hari ini.

Anwar berkata kehadiran UMNO bersama-sama dalam kerajaannya sekarang dianggap sesuatu yang bertuah kerana mereka juga komited untuk membuat perubahan.

“Namun kita bertuah, kerana UMNO, Barisan Nasional (BN) kini sudah bersama menjadi salah satu parti teras yang komited terhadap pembaharuan dan menyokong (perubahan) ini. Tetapi kita tidak boleh ambil mudah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha melaksana pembaharuan juga memerlukan masa, kerana ia membabitkan proses rundingan dan perbincangan.

“Kerana proses rundingan, perbincangan, ‘engagement’ adalah penting. Mengapa saya kekal pada tahap ini? kerana ia (perubahan itu) relevan dalam apa yang kita katakan,” katanya.

Biarpun kenyataan Anwar itu tidak memperincikan mana-mana pihak, namun semalam seorang Ahli Parlimen PKR, mula mempersoalkan komitmen kerajaan ketika ini dalam menjayakan reformasi yang pernah dijanjikan mereka dulu.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam kenyataannya menyatakan lebih banyak reformasi boleh dilaksana dan satu-satunya cara ialah Ahli Parlimen mesti mendesak kerajaan dengan lebih tegas dari belakang.

Kenyataan Wong ini hadir ketika pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Anwar sudah memasuki separuh penggal pemerintahannya yang pertama selama lima tahun.

Berita berkaitan
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil
June 25, 2026· Politik
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
3 jam lalu· Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
7 jam lalu · Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
7 jam lalu · Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
8 jam lalu · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
8 jam lalu · Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok