Saman fitnah: Mahkamah arah Chegubard, Youtuber bayar RM550,000 kepada Farhash

January 29, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, bersama seorang Youtuber, Nurpais Ismail, membayar ganti rugi berjumlah RM550,000 kepada ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, berhubung saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Apandi, dalam penghakimannya memutuskan kedua-dua defendan telah menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Farhash menerusi satu audio siar yang dimuat naik di YouTube pada Mei tahun lalu.

Menurut mahkamah, kandungan tersebut jelas merujuk kepada Farhash dan berpotensi mencemarkan reputasinya.

“Tuntutan plaintif tidak dicabar memandangkan kedua-dua defendan gagal memasukkan kehadiran. Mahkamah terpaksa meneruskan pendengaran tanpa pembelaan,” kata Arziah ketika menyampaikan keputusan.

Beliau menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 selepas mengambil kira tahap keterukan dakwaan, penyebaran kandungan dan kedudukan Farhash dalam masyarakat.

Selain itu, mahkamah turut menganugerahkan ganti rugi teruk RM150,000 serta ganti rugi teladan RM100,000 terhadap kedua-dua defendan secara bersama dan berasingan.

“Saya dapati ganti rugi teladan wajar diberikan kerana defendan bertindak secara sinis dan terancang, dengan mengeksploitasi reputasi plaintif demi kepentingan politik dan komersial mereka,” katanya.

Menurut Arziah, keputusan itu penting sebagai isyarat jelas bahawa penyalahgunaan platform media untuk menyerang reputasi individu tidak boleh diterima.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman bermula 26 Mei 2025, tarikh saman difailkan, sehingga bayaran diselesaikan sepenuhnya.

Dalam penghakiman yang sama, Arziah menegaskan elemen rujukan dalam kes fitnah itu dipenuhi apabila Chegubard menamakan Farhash secara jelas, termasuk menyebut latar belakangnya sebagai bekas setiausaha politik, bekas pemimpin PKR Perak serta penglibatan dalam syarikat senaraian awam.

“Ini bukan perbualan peribadi yang dirakam secara tidak sengaja, sebaliknya satu tindakan awam yang disengajakan melalui media massa,” katanya, sambil menambah Nurpais mempunyai kawalan editorial penuh dan terlibat aktif dalam temu bual tersebut.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026· Isu semasa
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
June 25, 2026· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026· Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
2 jam lalu · Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
2 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
4 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
4 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok