Anwar Ibrahim, tiba di Johor Bahru petang semalam dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3).
Anwar Ibrahim, tiba di Johor Bahru petang tadi dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) sebelum meluangkan masa melawat Zoo Johor dalam satu lawatan santai bersama ahli keluarga.
Perdana Menteri tiba di zoo tertua di Malaysia itu sekitar jam 3.10 petang dan diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa serta pelan pembangunan fasiliti berkenaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Mohd Jafni Md Shukor.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Asman Shah Abd Rahman.
Sepanjang kira-kira sejam lawatan, Anwar dilihat beramah mesra dengan pengunjung selain meluangkan masa bergambar.
Lawatan tersebut tidak diumumkan lebih awal dan hanya disahkan sehari sebelum ketibaan beliau.
“Kami hanya menerima makluman semalam, jadi kami tidak pasti sama ada beliau dapat hadir. Alhamdulillah, beliau datang,” kata Mohd Jafni ketika ditemui media.
Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau mengambil peluang cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam untuk meninjau operasi ETS3 milik Keretapi Tanah Melayu Bhd bagi laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
“Kesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
Zoo Johor yang ditubuhkan pada tahun 1928 merupakan antara zoo tertua di Asia Tenggara dan menjadi tarikan pelancong serta lokasi pendidikan konservasi hidupan liar di negeri ini.
Perkhidmatan ETS pula menjadi antara mod pengangkutan rel utama negara yang menghubungkan beberapa bandar besar di Semenanjung Malaysia, selari dengan usaha memperkukuh pengangkutan awam berkelajuan tinggi dan mesra pengguna.
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib