Kuasa pengampunan bukan alat politik: Sultan Pahang

February 2, 2026 · Isu semasa

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah hadiah politik atau simpati peribadi, sebaliknya satu mekanisme sah dalam sistem perundangan negara.

Baginda bertitah kuasa itu perlu dilihat sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang berasaskan hukuman.

“Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajar dinilai dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan sentimen berlebihan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang.

Menurut baginda, pengurangan hukuman tidak menghapuskan sabitan mahkamah, rekod kesalahan atau prinsip kedaulatan undang-undang.

Baginda turut menegaskan pengampunan bukan hanya untuk individu tertentu.

“Setiap tahun, ratusan banduan daripada pelbagai latar belakang menerima pengurangan hukuman atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” titah baginda.

Baginda menyampaikan titah itu semasa menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-120 di Kuantan, yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kuasa pengampunan merupakan sebahagian daripada sistem Raja Berperlembagaan Malaysia, di mana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan.

Lembaga ini dianggotai wakil institusi utama negara atau negeri bagi memastikan wujud semak dan imbang dalam setiap keputusan.

Sultan Pahang turut menegaskan keputusan pengampunan tidak dibuat secara unilateral, sebaliknya melalui musyawarah.

Baginda menambah dalam sistem Raja Berperlembagaan, raja berperanan sebagai pelindung keadilan, bukan dipengaruhi sentimen awam atau tekanan politik.

“Kuasa pengampunan tidak harus ditafsir sebagai kelemahan sistem, sebaliknya peringatan bahawa negara ini tidak ditadbir berdasarkan emosi media sosial atau kemarahan awam,” titah baginda.

Baginda turut menyatakan keyakinan Malaysia akan terus kekal sebagai negara berprinsip dan stabil, serta mendoakan kesejahteraan negara dan negeri Pahang.

Berita berkaitan
Salah guna kuasa cabaran utama dihadapi negara: Anwar
June 21, 2026· Isu semasa
Anwar seru rakyat tolak politik kebencian dan perkauman
June 7, 2026· Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
May 25, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, Anwar seru rakyat pertahan perpaduan
May 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
17 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok