RUU baharu perangi jenayah siber dibentang bulan depan: Zahid

February 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber di Parlimen bulan depan bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997, selaras dengan peningkatan kes penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata penggubalan undang-undang baharu itu penting selepas jenayah penipuan siber menyebabkan kerugian melebihi RM2.9 bilion tahun lalu, meningkat lebih 86 peratus berbanding RM1.574 bilion pada 2024.

Menurut beliau, RUU itu akan menutup kelompangan undang-undang sedia ada dan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan bagi melindungi keselamatan digital negara dan pengguna.

“RUU Jenayah Siber mengambil pendekatan lebih holistik dan terkini, meliputi jenayah berbantu siber serta jenayah bersandarkan siber,” katanya ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan undang-undang itu turut berasaskan prinsip neutral teknologi seperti yang diguna pakai dalam Konvensyen Budapest dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi memastikan ia kekal relevan walaupun teknologi terus berkembang.

Ahmad Zahid turut menekankan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan deepfake.

Katanya, teknologi tersebut boleh menjadi alat penyebaran maklumat palsu serta manipulasi persepsi dalam konflik maklumat global.

“Konflik Russia-Ukraine menunjukkan deepfake dan maklumat palsu sudah menjadi komponen utama peperangan maklumat,” katanya.

Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Akta Keselamatan Siber 2024 yang berkuat kuasa pada Ogos 2024 bagi memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi menyelaras fungsi keselamatan siber dan kriptologi negara.

Kerajaan melalui NACSA dan Majlis Keselamatan Negara kini turut memperluas inisiatif keselamatan melibatkan AI, teknologi awan berdaulat dan keselamatan pasca-kuantum.

Usaha ini termasuk pembangunan garis panduan keselamatan AI berasaskan prinsip “secure-by-design” serta kerjasama dengan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara.

Langkah ini dilihat sebagai penting dalam memastikan kestabilan negara serta melindungi kepentingan ekonomi dan sosial rakyat dalam era digital yang semakin kompleks.

Berita berkaitan
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
7 jam lalu· Isu semasa
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
November 23, 2026· Rencana
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
November 23, 2026· Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
3 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
4 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok