RM150 juta dana SARA tak ditebus disalur kepada golongan rentan

February 5, 2026 · Isu semasa

Sebanyak RM150 juta baki peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi bayaran sekali gus tahun 2025 yang tidak dibelanjakan sehingga 31 Disember lalu akan diagihkan semula kepada kumpulan memerlukan.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, program SARA sekali bayar tahun lalu menunjukkan prestasi tinggi apabila 96 peratus atau kira-kira 21 juta penerima menggunakan bantuan tersebut dengan nilai transaksi dalam pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.

Menurut beliau, baki empat peratus dana yang tidak digunakan akan dimanfaatkan untuk tujuan kebajikan sosial.

“Pengagihan semula dana ini bukan sahaja memastikan pengurusan kewangan awam terus mampan, malah membantu mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Dana tersebut akan disalurkan kepada penghuni pusat perlindungan mangsa keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya serta pelajar berkeperluan khas, pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin dan penubuhan bank makanan dapur siswa dengan peruntukan khusus RM15 juta.

Beliau menjelaskan keutamaan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit miskin mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.

“Ia menunjukkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan rakyat,” katanya.

SARA merupakan antara inisiatif bantuan bersasar kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas melalui sistem MyKasih.

Program ini turut bertujuan merangsang ekonomi tempatan melalui perbelanjaan domestik.

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui portal rasmi SARA dan permohonan baharu dijangka diproses dalam tempoh dua minggu selepas dokumen lengkap diterima.

Dalam perkembangan sama, kerajaan sedang meneliti cadangan menambah kategori makanan sejuk beku sebagai barangan yang boleh ditebus menggunakan SARA.

Kajian lanjut juga sedang dijalankan bagi kemasukan barangan basah bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan perlindungan pengguna terjamin sebelum sebarang keputusan dibuat.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
21 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok