Mahkamah Persekutuan putuskan ‘menyinggung’ dan ‘menjengkelkan’ sah disisi Perlembagaan

February 6, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penggunaan perkataan berkaitan komunikasi dalam talian yang bersifat menyinggung dan menjengkelkan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara panel lima hakim itu sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengisytiharkan istilah berkenaan tidak berperlembagaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan sebahagian rayuan Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan kedua-dua perkataan berkenaan dalam seksyen terbabit sebelum ini.

Turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Che Mohd Ruzima Ghazali, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah menegaskan peruntukan tersebut masih relevan dalam menangani penyalahgunaan komunikasi digital yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

Seksyen 233 memperuntukkan kesalahan jenayah terhadap komunikasi dalam talian yang lucah, tidak sopan, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan niat untuk mengganggu, mengugut atau mengacau orang lain.

Dalam penghakiman, mahkamah berpendapat undang-undang itu selari dengan prinsip Perlembagaan yang membenarkan sekatan tertentu terhadap kebebasan bersuara demi kepentingan ketenteraman awam.

Kes ini bermula selepas Mahkamah Rayuan pada 2025 membenarkan cabaran seorang aktivis yang mendakwa istilah dalam seksyen tersebut melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Aktivis berkenaan sebelum itu memfailkan saman selepas kes mahkamah terhadapnya berkaitan hantaran media sosial pada 2021.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan perkataan berkaitan kesalahan komunikasi itu terlalu luas dan tidak wajar dijadikan kesalahan jenayah.

Namun kerajaan memfailkan rayuan dengan alasan keputusan tersebut boleh menimbulkan ketidakpastian undang-undang serta menjejaskan penguatkuasaan terhadap kes berkaitan.

Keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan dijangka memberi kesan besar kepada penguatkuasaan undang-undang komunikasi digital di Malaysia, selain menjadi rujukan penting dalam menyeimbangkan hak kebebasan bersuara dan kepentingan keselamatan awam dalam era media sosial.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu· Isu semasa
RMK13 : Kerajaan Johor hargai komitmen kerajaan pusat, terima RM4.86 bilion
November 19, 2026· Politik
Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri
November 13, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok