Malaysia, India mahu perkukuh kerjasama strategik: Anwar

February 8, 2026 · Isu semasa

Malaysia melihat India sebagai rakan strategik penting dan berhasrat memperluaskan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, hubungan Malaysia dan India semakin signifikan bukan sahaja dari sudut budaya, malah turut dipacu kepentingan geopolitik semasa.

“Secara prinsipnya kami melihat India sebagai negara yang hebat dan mesra, mempunyai hubungan budaya yang rapat dengan Malaysia dan kini semakin penting dari segi geopolitik,” katanya dalam mesyuarat delegasi dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi yang sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua negara telah membincangkan beberapa isu utama yang akan diperincikan oleh pasukan teknikal masing-masing, dengan matlamat memperkukuh kerjasama dalam semua bidang.

Anwar turut menyifatkan lawatan dua hari Modi sebagai amat bermakna dan dinanti-nantikan walaupun sebelum ini terpaksa ditangguhkan.

Sementara itu, Modi merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Hubungan Malaysia-India berkembang dengan sangat pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan memberi inspirasi. Saya berterima kasih atas peranan besar Malaysia dalam mengukuhkan kerjasama ini,” katanya.

Modi menambah kerjasama kini meliputi pelbagai sektor termasuk pertanian, pembuatan, tenaga bersih dan industri semikonduktor, selain pembangunan kemahiran, pembinaan kapasiti, pertahanan serta keselamatan.

Beliau turut berkata kepentingan kerjasama serantau dalam menangani ancaman keganasan dan ketidaktentuan global, sambil menyifatkan Malaysia sebagai rakan maritim penting.

Hubungan Malaysia-India mempunyai sejarah panjang sejak era perdagangan awal di Selat Melaka dan terus berkembang selepas hubungan diplomatik rasmi diwujudkan pada 1957.

India kini merupakan antara rakan dagang utama Malaysia, manakala komuniti diaspora India di Malaysia turut memainkan peranan penting dalam hubungan rakyat-ke-rakyat.

Lawatan rasmi ini dijangka membuka lembaran baharu kerjasama dua hala, dengan kedua-dua negara berhasrat meningkatkan perkongsian kemakmuran dan pembangunan ekonomi secara bersama.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
4 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
14 jam lalu· Politik
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
4 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
5 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
14 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
4 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok