Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 hujung minggu ini.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam satu kenyataan memaklumkan potongan harga itu diberikan khusus kepada kenderaan Kelas 1, iaitu kenderaan persendirian.
“Diskaun bermula jam 12.01 tengah malam Sabtu, 14 Februari sehingga 11.59 malam Ahad, 15 Februari,” kata kenyataan itu.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran rasmi Facebook syarikat hari ini bagi memaklumkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh perayaan.
Sebelum ini, media melaporkan Kabinet bersetuju melaksanakan diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026 bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti.
Inisiatif ini sebahagian daripada usaha kerajaan menyokong mobiliti rakyat semasa musim perayaan utama di negara ini.
Secara keseluruhan, diskaun tersebut turut melibatkan semua plaza tol bagi kenderaan persendirian Kelas 1 serta kenderaan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada plaza tol di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia–Singapura.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada ribuan pengguna yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang setiap hari, khususnya mereka yang bekerja atau tinggal di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan memastikan baki kad atau e-dompet tol mencukupi serta mematuhi had laju dan peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan lebih selamat sepanjang musim perayaan.
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar