Bersatu sebelum ini memecat timbalan presiden, Hamzah Zainuddin.
Parti Bersatu mengumumkan timbalan presidennya, Hamzah Zainudin telah dipecat daripada keahlian parti berkuat kuasa hari ini.
Keputusan ini dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selepas beliau didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan bersatu, yang mengawal etika dan disiplin ahli, menurut kenyataan dikeluarkan.
“Majlis Pimpinan Tertinggi dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Hamzah Zainudin dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai 13 Februari 2026 kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan itu.
Menurut sumber parti, tindakan Hamzah dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap prinsip parti.
Sebelum ini, Hamzah dipanggil menghadap lembaga disiplin berhubung dakwaan penglibatan dalam kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan bersatu serta dakwaan berkaitan kenyataan terhadap presiden parti.
Empat aduan disiplin dilaporkan difailkan terhadap beliau sejak September tahun lalu sehingga Februari tahun ini.
Antara dakwaan lain termasuk kegagalan menghalang kenyataan pemimpin parti yang didakwa menyerang presiden parti serta rundingan dengan parti komponen gabungan tanpa mandat rasmi parti.
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan