Takiyuddin Hassan.
PAS menegaskan pendiriannya untuk tidak memihak kepada mana-mana kumpulan dalam kemelut dalaman Bersatu yang menyaksikan beberapa pemimpin utama dipecat daripada parti itu semalam.
Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hassan berkata parti itu memilih untuk memberi tumpuan kepada pengurusan dalaman sendiri tanpa mencampuri konflik melibatkan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional.
“Jika ada pihak mendakwa PAS menyebelahi mana-mana kem dalam Bersatu itu tidak benar kerana kita tidak berada dalam mana-mana kumpulan,” katanya dipetik laporan media.
Tambahnya lagi, PAS mengekalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti itu, namun setakat ini tiada perbincangan rasmi dibuat dengan mana-mana individu tertentu.
Krisis dalam Bersatu tercetus selepas Lembaga Disiplin parti memecat 17 pemimpin termasuk Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin.
Selepas pemecatan itu, Hamzah memuat naik gambar bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta kepimpinan PAS di Rusila, sekali gus mencetuskan spekulasi hubungan politik antara kedua-dua pihak.
Pemerhati politik melihat perkembangan ini berpotensi memberi kesan kepada kestabilan gabungan pembangkang menjelang persiapan pilihan raya akan datang.
Takiyudin bagaimanapun menegaskan PAS kekal dengan pendekatan neutral.
“Semua parti dalam gabungan mempunyai ruang masing-masing. Kita hormati urusan dalaman mereka dan fokus kepada kekuatan parti sendiri,” katanya.
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar