153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan

June 25, 2026 · Politik

Polis mengesahkan menerima 153 laporan di seluruh negara setakat jam 3 petang hari ini susulan kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan campur tangan pihak Istana dalam pembubaran Dewan Negeri Johor.

Ketua Polis Johor, CP Ab Rahaman Arsad berkata, laporan berkenaan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

“Setakat jam 3 petang, sebanyak 153 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia dan pihak polis menjangkakan jumlah laporan ini akan terus meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, Seksyen 4(1) Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pula, individu yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan atas kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar.

Ab Rahaman turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau mencetuskan kegelisahan awam.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas Mohd Puad didakwa mengeluarkan kenyataan yang mendakwa wujud campur tangan pihak Istana dalam keputusan membubarkan Dewan Negeri Johor.

Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk siri laporan polis yang dibuat di beberapa negeri.

Terdahulu, Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
3 jam lalu· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
3 jam lalu· Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
5 jam lalu· Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu · Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
8 jam lalu · Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
9 jam lalu · Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
9 jam lalu · Politik
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok