Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya tidak terjebak dengan mentaliti suka mencari masalah kecil sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.
Perdana Menteri berkata setiap negara pasti mempunyai cabaran, namun obsesi terhadap perkara remeh hanya akan melemahkan perpaduan.
“Dalam mana-mana negara, pasti ada masalah, tetapi kalau setiap hari hanya nampak masalah kecil, itu penyakit. Kita perlu fokus kepada kemajuan dan perpaduan,” katanya ketika berucap di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Khantan di Ipoh hari ini.
Turut hadir ialah Nga Kor Ming, Fadhlina Sidek dan Wong Kah Woh.
Menurutnya, keunikan negara terserlah apabila rakyat pelbagai kaum meraikan perayaan bersama dalam suasana hormat-menghormati.
“Tidak banyak negara ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan komuniti lain hidup bersama secara aman. Kita mesti jaga negara ini sebagai satu keluarga besar,” katanya.
Beliau turut berkongsi pengalaman menerima lawatan pemimpin dunia seperti Donald Trump, Xi Jinping dan Narendra Modi yang kagum dengan persembahan budaya pelbagai kaum dalam satu pentas.
Mengenai bantuan kerajaan, beliau menegaskan peruntukan diberikan tanpa mengira kaum atau kawasan.
“Kalau mahu jadi pemimpin, kita mesti dengar masalah rakyat dan bantu semua tanpa pilih kasih,” katanya.
Pada majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kerja naik taraf kemudahan awam, penurapan semula jalan dan pembaikan rumah di Kampung Baru Khantan.
Untuk rekod, Anwar menerajui kerajaan sejak 2022 dengan agenda menekankan perpaduan nasional serta pengagihan bantuan berasaskan keperluan.
Beliau sering menegaskan kekuatan Malaysia terletak pada masyarakat majmuk yang hidup aman walaupun berbeza kaum dan agama.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib